Powered By Blogger

Sunday, 24 July 2016

Memupuk semangat perpaduan melalui perayaan.











DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM




PERANAN-PERANAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN


PN WATI BINTI MOHAMAD



MOHD IQBAL BIN HISHAM (12DEE14F1031)


MOHD KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD ZULKIFLI (12DEE14F1035)


AHMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD FAKRI (12DEE14F1017)


DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 

DEE5A

JUN 2016










SENARAI KANDUNGAN


1) Pengenalan

2) Objektif

3) Jenis-Jenis Perayaan di Malaysia

4) Kebaikan-Kebaikan Perayaan Disambut Bersama-sama

5) Penutup

6) Sumber Rujukan

7) Lampiran











1) PENGENALAN


Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama  seperti agama  Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan  kewujudan kaum serta agama yang pelbagai  ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara  Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan  agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai  ini memperlihatkan  keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar  negara untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan  ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu  di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut  agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap  Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang  majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang  jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut. Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah  mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat dikekalkan.





 2) OBJEKTIF


1.   Mengenalpasti perayaan-perayaanyang terdapat di Malaysia.

2.   Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.

3.   Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.

4.   Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum       di Malaysia. 






3) JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA


PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM


Hari Raya Puasa

  1. Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah.Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfiti atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya.                                                                           
    Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah.Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya.




  2. Hari Raya Qurban
  3. Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Mekah, Arab Saudi.Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin. Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah.Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu.Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.




  4. PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU

  5.  DEEPAVALI
  6. Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan mmenguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.
    Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.




  7. THAIPUSAM
  8. Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara  besar-besaran oleh penganut agama Hindu  di Semanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu  untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.
    Perayaan Thaipusam bermula di malam  hari bulan  penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam.  Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan  penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.




  9. TAHUN BARU CINA
  10.      Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.
       Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.  
       Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang  jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. 




  11. PERAYAAN  HARI GAWAI

    Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
    Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. 







4) KEBAIKAN-KEBAIKAN PERAYAAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA



 Antara kebaikan yang paling ketara ialah dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum.Semua kaum memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain.Sebagai contoh,lawatan ke rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan antara kaum.Jadi,kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

  Selain itu,golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Namun,apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami erti perpaduan.Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang.

 Malahan,kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini.

 Perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin.Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum.Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.


5) PENUTUP


Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa perayaan merupakan salah satu komponen penting bagi setiap kaum di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Dengan adanya kajian ini, diharapkan konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji dapat difahami dengan jelas agar setiap individu di negara ini dapat memahami perayaan-perayaan ini dan seterusnya memupuk budaya hormat-menghormati kepercayaan setiap kaum yang ada di negara ini. Menerusi kajian ini juga, kita dapat menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjelang sambutan perayaan-perayaan tersebut yang sememangnya unik dan tidak boleh didapati di negara-negara lain.
Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.



6) SUMBER RUJUKAN






7) LAMPIRAN










2 comments:

  1. Oakley's Titanium Sunglasses - T-Shirt
    Find the titanium post earrings newest available pieces from blue titanium Oakley's Titanium Sunglasses. T-Shirts are updated with the newest columbia titanium pants and greatest in citizen super titanium armor fashion. t fal titanium

    ReplyDelete